"Allah, berikan aku ilmu untuk mengenalimu, berikan kebaikan dengan memahamkan aku akan agamaMu, suburkan cintaku kepada Nabiku, jadikan aku hambaMu yang beramal dengan KitabMu"
Wednesday, July 13, 2011
Ramadhan, kau datang lagi ye ^^
Tuesday, July 12, 2011
Salahkah Berpolitik atau Berpolitik Cara Salah?
Politik.. Isu yang meletus secara tiba-tiba bukan? Sejak akhir-akhir ini, beberapa peristiwa bersejarah, mungkin juga berdarah telah berjaya memenuhi ruangan utama akhbar dan arus perdana. Peristiwa yang amat menggemparkan negara malah juga dunia.. Saya tidak mahu menyebut apakah peristiwa yang saya maksudkan.. Saya yakin sahabat-sahabat mengerti maksud saya..
Saya tidak mahu menyentuh sedikitpun berkenaan kejadian itu. Dan saya tidak langsung berminat untuk berbuat demikian. Namun, saya amat tertarik dengan kesan dan aura yang dibawa oleh peristiwa tersebut. Post-post di facebook mulai penuh dengan komen serta video yang berkait rapat dengan perhimpunan itu. Bukan itu sahaja, penubuhan beberapa group/page juga semakin giat dan dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama.
Keghairahan anak-anak muda dalam 'menyambut' event ini amatlah memberansangkan. Kalau yang dulunya 'kaki game' atau tidak ambil tahu isu-isu negara tiba-tiba bangkit 'mendabik dada'. Mereka seolah-olah menyatakan, 'Akulah Perdana Menteri. Aku tahu semuanya!'. Melucukan, but sometime it becomes scary. ^^
Lebih memeranjatkan, wujud segelintir anak muda yang begitu paranoid terhadap politik. "Politik ni memecahkan kita la der", "Tunggu la 21 dulu", "Belum masa lagi, tumpu dulu study". Tersentak dibuatnya. Mungkin inilah doktrin yang diinginkan pemerintah kita. Opps. No offence please. Anak-anak muda kita lebih gemar berbicara soal politik Tanah Melayu berbanding mendasari perbincangan selaras politik Islam (Siasah Islamiyyah).
Adakah menjadi satu kesalahan besar seorang anak muda, yang digelar pemimpin masa hadapan, tiang negara, berdiskusi atau mengambil tahu tentang politik? Atau kena tunggu umur 21 baru boleh bersuara? Kebanyakan dari kalangan anak muda sekarang tersangat jahil (lebih2 lagi si penaip ni) dalam lapangan politik. Adakah Islam melarang kita berbicara soal politik?
Islam bersifat syumul, yakni sempurna atau menyeluruh. Ini membawa maksud Islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Islam merupakan cara hidup seorang insan bergelar muslim. Maka, sedari Islam disebut syumul, politik tidak terlepas dari 'genggamannya'. Politik juga termasuk di bawah payung agama Islam. Barang siapa menolak politik mentah-mentah, maka jelas dia menolak Islam. Na'uzubillah.
Walau bagaimanapun, tumbuh subur sebuah pemikiran dan ideologi, politik ini kotor. Benarkah? Menjadi tabiat semula jadi seseorang itu terpengaruh dengan persekitarannya. Jelas di sini bahawa pemikiran itu dipagari persekitaran negara tercinta ini, yakni Malaysia. Politik Islam bukan begitu! Politik Islam membawa kesepaduan. Terlaksananya politik Islam, secara langsung umat Islam pasti bersatu di bawah satu bumbung, dipelihara oleh dinding-dinding iman. Namun, hal yang sebaliknya berlaku sekarang, bahkan politiklah yang menyebabkan perpecahan. Mengapa? Sahabat fikirlah sendiri.
Saya selalu membawa contoh ini apabila bangkitnya isu politik. Tokoh yang akan saya tonjolkan ini amat menemplak beberapa anak muda yang berfikiran sempit sehingga malas untuk mengambil tahu hal-hal negara. Bukan saya suruh kalian menjadi wakil rakyat atau perdana menteri, tetapi cakna terhadap isu semasa amat vital bagi membentuk generasi intelek.
Baiklah, kita lupakan sebentar politik semasa. Mari kita menjelajah dan menyelusuri sejarah Islam. Mencari kisah dan sejarah seorang tokoh muda yang menjadi 'raja politik Islam' suatu masa dahulu. Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemetintahan Empayar Uthmaniyah, khilafah terakhir sebelum rebahnya sistem khilafah tersungkur menyembah bumi, masih mentadbir selia dunia ini. Tahun 1924 merupakan detik gelap dan hitam bagi seluruh umat Islam. Hancur-lebur pemerintahan Islam yang sebelum itu menaungi dua per tiga dunia. Allah..
Di tengah-tengah pemerintahan Empayar Uthmaniyah itu, lahir seorang bayi, putera kepada Sultan, yang diberi nama Muhammad. Ulama termasyhur di saat itu, Syeikh Syamsuddin melihat Muhammad lantas terpacul dari mulutnya, "Inilah sebaik-baik raja. Dialah yang akan menakluk Konstantinople!". Lebih mengejutkan lagi, Muhammad ketika itu masih di dalam buaian. Tidak tahu berkata-kata, berjalan apatah lagi berperang. Mana mungkun seorang ulama berbohong. Atau mungkin itu sekadar ramalan atau firasatnya sahaja?
Dipendekkan cerita, Muhammad mendapat didikan dari syeikh-syeikh terkenal zaman itu. Muhammad turut dilatih teknik-teknik berperang seperti bermain pedang dan menunggang kuda. Tatkala usianya menjengah angka 19, beliau dipilih oleh Allah untuk memerintah dan mentadbir sebuah Empayar yang paling berkuasa saat itu. Subhanallah, umur beliau hanya 19 tahun, tetapi sudah diangkat dan ditabal menjadi seorang sultan, atau lebih tepat seorang khalifah.
Semenjak kecil, ibunya sering membawa Muhammad mininjau kota Konstantinople dari jauh seraya membisikkan, "Wahai anakku, besar nanti kamu akan menakluk kota itu". Begitulah rutinnya saban hari.
Maka, para sahabat, tabi'in dan khalifah-khalifah seterusnya berlumba-lumba untuk mendapatkan title "sebaik-baik raja" itu. Kota Konstantinople merupakan kota yang tersangat kukuh binaannya. Boleh dikatakan hampir mustahil untuk dirobohkan. Namun, tidak lain kerana keyakinan yang mendalam terhadap janji Rasulullah, mereka telah mencuba dan berusaha untuk menakluki kota tersebut. 800 tahun sejak hadis itu diungkapkan oleh Rasulullah masih tidak ada yang berjaya menumbangkan kerajaan Konstantine.
Janji Rasulullah itu dipegang dan disemat erat-erat oleh Muhammad, yang kita bergelar Sultan Muhammad, dalam hati dan sanubarinya. Dihajatkan olehnya agar dialah insan yang sebut oleh Rasulullah sebagai "Sebaik-baik raja". Beliau begitu jitu dalam semangatnya. Impiannya hanya satu, ingin meletakkan dan mengangkat dirinya menjadi mulia di sisi Allah 'Azza Wa Jalla.
Tarbiah menjadi tulang belakang dan asas Sultan Muhammad dalam memilih pasukan tenteranya. Asas taqarrub kepada Allah amat diteliti oleh beliau dalam menilai tentera-tentera yang akan dibawa merebut gelaran "Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera".
Pendek cerita, beliau telah berjaya menawan kota tersebut dengan bantuan Allah Ta'ala. Kebijaksanaan beliau diakui sejarawan masa kini.
Cuba kalian meneka, berapakah umur beliau ketika berjaya mengubah landskap dan peta dunia saat itu? 21 tahun! Ada yang mengatakan 24 tahun. Allahurabbi. Umur 19 menjadi sultan, 21 menawan kota! Kita?
Dan peristiwa yang saya paling terkesan ialah apabila Sultan Muhammad mengumpulkan kesemua tenteranya. Di sampingnya ada seorang ulama besar yang banyak membantu proses menguasai kota Konstantinople. Tujuan dihimpunkan adalah untuk memilih imam pertama yang akan mengetuai solat Jumaat di kota tersebut, lebih tepat di Masjid Aya Sophia. Masjid ini merupakan sebuah geraja utama kota itu sebelum diubah menjadi masjid oleh Sultan Muhammad.
Benarlah ujar Rasulullah, kota ini akan ditawan oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.
Terdapat beberapa lagi kisah yang tidak saya sebutkan yang bersangkut-paut dengan sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh. Kalian boleh mencari sumber-sumber itu sendiri. Baik, kita berbalik kepada situasi dewasa ini. Apa motif saya mengisahkan panjang lebar berkaitan Sultan Muhammad, yang digelar Al-Fateh (Si Pembuka) kerana berjaya membuka kota Konstantinople ? Saya dapat meneka sebahagian dari sahabat-sahabat dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan.
Ya! Politik Islam bukan untuk orang dewasa. Sebagai anak muda, wajar kita mengambil tahu serba-sedikit berkaitan politik Islam dan politik tanah air. Janganlah kita kelihatan jahil apatah lagi menonjolkan kejahilan diri apabila berbicara soal politik. "Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?", firman Allah.
Harus saya ingatkan, berpolitiklah, TETAPI janganlah menyebabkan kita dipandang hina. Jangan kerana terlalu ghairah, kita lupa kepada pelajaran. Status sebagai pelajar/mahasiswa wajib diutamakan tanpa menafkan bidang-bidang yang lain. Wallahua'lam.
Salahkah berpolitik? Atau kita berpolitik cara yang salah? Fikir-fikirlah.
~Amante de Dios~
Tuesday, May 10, 2011
Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak
Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.
Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelak
i A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.
Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)
Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seoran
g lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.
Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice: (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya…saya…
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.
Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
Alice: Saya tau kenapa awak datang nak j
umpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkinhanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.
Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian…
Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.
Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah…
Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.
Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti
pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.
Akif: Assalamu’alaikum.
Alissa: Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya…Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice…(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…
Akif hanya tersenyum.. 

From : http://syahirul.com/saya-jatuh-cinta-disebabkan-syaitan/
——–THE END——–
Notakaki: Kisah di atas adalah satu kisah yang aku dapati dari internet. Aku cuba mencari siapakah penulis asal cerita ini namun tidak aku temui kerana banyak blog dan web yang menyiarkan kisah yang sama, namun tidak memberitahu siapakah yang menulisnya. Jika aku tahu siapa penulis asalnya, ingin aku berikan satu penghargaan berupa kredit kepadanya.
Thursday, May 5, 2011
Lepaskan Dunia , Pasti Dunia Datang Padamu
قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam" (An-An'am:162) |
| Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya (Al-Baqarah:216) |
Wednesday, May 4, 2011
4 Isteri.. Beringatlah Adam dan Hawa..
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Kemudian,pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.
" Teman, sesungguhnya kita memang mempunyai 4 orang isteri dalam hidup ini;
-ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
-ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
-ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita. DAN SESUNGGUHNYA...
-ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari...
Sunday, March 20, 2011
Yang Aku Minta, Ya Allah
2) Cintanya pada Al-Quran adalah keutamaannya
9) Andai dapat, alhamdulillah..
Monday, February 21, 2011
Surat Cinta Untuk Si Bunga
Namun,
Sahabatku,
Rohku gersang tanpa pimpinanmu,


















