Thursday, December 30, 2010

Bukti Kamu Milik Tuhan


"Aku dapat straight A la wey! "
"Aku 4 flat bai"
"Bisnes aku sekarang dah lepas pasaran eropah"
"Sekarang aku Presiden"
"Ini semua atas usaha aku sorang je"
"Aku tak solat pun berjaya"
"Aku paling kaya di sini!! "

Manusia. Angkuh. Ibarat isi dan kuku. Lihat sahaja Qarun dan Fir'aun. Namun, terlalu ramai yang terlepas satu perkara. Perkara yang sebenarnya ramai sedar akan hakikat itu. Hakikat bahawa TUHAN ITU PEMILIK JIWAMU. Pemilik beerti memegang secara mutlak akan sesuatu ( Sila rujuk kamus Luqman Razak ^^ ). Sejarah menyajikan berpuluh kisah keangkuhan dan kesombongan kaum-kaum terdahulu. Tetapi, manusia masih juga alpa (tidak dinafikan yang menulis). 



Tuhan beri kamu satu contoh mudah.  Contoh yang meletakkan kamu separas hamba, suatu tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Apabila kamu berjaya, mulalah beranggapan :
Kamu fikir tanganmu yang menulis jawapan pada kertas-kertas putih sesuai dengan soalan yang diajukan. "Maka, aku hebat"
Kamu fikir akalmu yang memikir, "Maka aku hebat"
Kamu fikir ingatanku yang hebat membungkus memori-memori buku, "Maka aku hebat"
Ingat...Ingat...dan ingatlah wahai makhluk bertaraf hamba ,
Tanganmu yang menulis milik Tuhan. Akalmu yang memikir milik Tuhan. Ingatanmu itu juga milik Tuhan.
Apa yang sebenarnya milik Tuhan? SEMUANYA!

Mengapa?
Mari selongkar sedikit ilmu biologi (Maaf ye kalau salah.Tak minat bio la katakan ^^).  
Anggota badanmu bermula daripada tulang-belulang dan pastinya otot-otot yang kukuh.  
Yang asalnya dari tisu-tisu yang lembut.  
Pastinya yang menghasilkan itu hasil berfungsinya organ-organ dalamanmu.
Organ-organ itu terbentuk dari helaian-helaian sel.  
Kamu sedarkah untuk sel kamu sihat, ia perlukan apa?
Pastilah darah yang mengalir, yang membekalkan oksigen dan nutrisi yang baik dan sejahtera.
Kamu fikir darah kamu mengalir 'berjalan kaki' ?  
Tidak. Pasti punya kenderaan. Itulah sarafmu.
Dan, apa pula enjin darahmu? 
Namanya JANTUNG!



Ya,
jantung itulah bukti kamu milik Tuhan Azza Wajalla.
Mengapa?
Senang sahaja untuk membuktikannya.
Sekarang,
saya cabar kamu hentikan jantungmu dalam kiraan lima.
Satuu...Duaa... Laa... Cepat la hentikan... Ok2, saya kira balik...
Satuu...Duaa... Apa? Tak boleh?
Yes! Kerana apa? Kerana yang menggerakkan jantungmu pastilah ....... ALLAH!
Ada yang tidak bersetuju?
Habis tu,
siapa pula yang menggerakkan jantung kita kalau bukan Tuhan?
Sendiri?.
Kalau macam tu,
betapa lemahnya manusia yang terpaksa bergantung pada makhluk bernama jantung! Kan? Logik kan?

Sedarlah sahabat, mana-mana anggota yang kalian banggakan pasti terhasil dari bergeraknya jantung kalian. 
Dan, pastilah yang mengawal dan menjaganya itu ialah Allah S.W.T.  Jadilah kamu hamba-hambaNya yang berserah diri. Tiada satu pun milik kita. Hatta 'amalanmu pun berpaksi pada rahmat Allah.

Syurga nerakamu jua di 'tangan' redhaNya.

Aduhai, siapa kita pada Allah? Tidak lebih dari hamba yang hina.
Jika kita semua bersatu, jin dan manusia seluruhnya untuk menyekutukan Allah, kerajaan Allah tidak akan terusik walau satu ATOM pun.
Dan jika kamu bersatu untuk beribadah, bersujud dan berserah diri kepadaNya, kerajaan Allah juga tidak akan terusik walau satu ATOM pun.

Apabila kamu memahami hakikat ibadah itu, maka kamu akan menghargainya. Allah tidak memerlukan kepada solat, zakat, haji dan puasa kita,

TETAPI, KITALAH YANG MEMERLUKAN IBADAH-IBADAH ITU!!



wallahua'lam....

~Amante de Dios~ ^^

Friday, December 24, 2010

Andai Benar Kau Cintakan ''Si Dia'', katakan padanya......

Pernah berkali-kali ana 'jatuh cinta'. Namun, dek kerana ana sering berdoa, "Allahummarzuqni zaujatan solihatan wazuhudatan watoyyibatan wamutohharotan wasobirotan wa min ahlil jannah. Uhibbuha wa tuhibbuni lillah'' (Ya Allah Ya Tuhanku, rezekikanlah kpdku seorang isteri yang solehah, zuhud, bersih, suci, penyabar dan daripada ahli syurga. Aku mencintainya dan dia mencintaiku keranaMu).


Kerana itu, ana gagahkan diri untuk menepis segala bentuk cinta manusia yang tidak dihalalkan oleh syara', kerana ana mendambakan seorang isteri yang baik dan solehah. Untuk tujuan itu, ana haruslah dahulu menjadi seorang yang baik dan soleh. Dan, ana mahu 'permaisuri' ana nanti melafazkan, "Dikaulah cinta pertama dan terakhirku". Ana tidak mahu kekasih ana nanti seorang yang pernah melabuhkan cintanya kepada seorang lelaki yang belum pasti kesudahannya.


MAKA, AKU PERLU MENJAGA CINTAKU,HATIKU, PANDANGANKU HANYA UNTUK DIA. AKU PERLU MEMELIHARA KASIH SAYANGKU DARIPADA DICURAHKAN KEPADA SEORANG PEREMPUAN YANG BELUM PASTI MENJADI ISTERIKU.



Pasti ramai mengatakan ana seorang yang terlalu memilih. Terlalu cerewet. Pilih y biasa2 da la. Yes, mmg ana memilih. Ana memilih seorang pasangan yang akan menjadi ibu kepada anak-anak ana. Yang akan mendidik anak-anak ana. Yang akan meneruskan zuriatku. Yang akan sama-sama ana membina 'baiti jannati'. Yang sama-sama akan berdoa untuk terus hidup bersama di FirdausiNya. Ana mencari pasangan yang mampu mendidik anak-anak ana sehingga mereka boleh berbakti kepada agama dan negara. Yang akhirnya boleh melayari bahtera kehidupan membawa mereka bersemayam di Al-FirdausiNya. Cerewet ke kalau ana bersikap demikian? Ana yakin kalian juga bersikap demikian.



Moga yang lahir dari zuriatku nanti mereka yang santun perilakunya, indah akhlaknya, hebat peribadinya, suci dan tulus pertuturannya, cerdas akalnya, tegas dalam pergaulannya, bernas dalam hujahnya, dan yang paling penitng, mereka bakal meneruskan delegasi pembinaan ummah. Delegasi penyatu ummah. Delegasi yang akan merubah lanskap dunia dan agama. Yang akan menjadi delegasi pertama selepas kejatuhan Khilafah yang akan membentuk semula identiti dan maruah Islam yang sekian lama tercalar.

Membina tamadun sehebat tamadun yang dibentuk Rasulullah perlu bermula dari akarnya. Andai akarnya kukuh dan sihat, maka batang, tangkai,daun dan buah-buah juga akan turut elok dan sihat. Persoalannya, siapa akarnya?? Kita lah akarnya!!!! Kerana, 10-20 tahun akan datang, insyaAllah,kita lah yang akan bergelar ibu dan bapa. Kita lah yang akan diamanahkan Allah dgn zuriat-zuriat akhir zaman. Andai keluarga yang kita bina sejak mula dulu dibina atas pasak kemaksiatan, kalian yakin zuriat-zuriat kalian mampu memegang tampuk perjuangan?? Kalian yakin Allah menerima zuriat kalian untuk membela agamaNya?? Jangan hancurkan mereka dek kerana nafsu dan kesilapan kalian sekarang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasih, marilah kita bersama meroleksi diri sama ada kita sudah menunaikan haq pergaulan kita sesama Islam?? Haq Allah dan Rasulullah yang melarang kita berlebih-lebihan dalam pergaulan berlainan jantina?? Tanyalah diri kita adakah dalam hati kita punya hati yang ikhlas untuk mencari cintaNya semata-mata?? Jawablah sendiri.

Mencari cinta manusia tidak pernah salah. Cuma,keadaan dan caranya sahaja yang selalunya salah, dan, natijahnya membawa kemurkaan Allah. Adakah cinta kalian kepada 'kekasih' kalian melebihi kasih dan cinta kalian kepada Allah? Tuhan Yang Menciptakan segala kecantikan pada'kekasih' kalian. Sudah pastilah yang menciptakan itu jauh lebih 'cantik' dan sempurna. Mengapa perlu cari y lain?

Dialah yang paling mencintaimu. Kerana Dia tidak pernah lupa untuk mengizinkan jantungmu berfungsi. Dia tidak pernah lupa untuk meneguhkan tulang-belulangmu agar kamu bisa bergerak sesuka hatimu di bumiNya. Dia tidak pernah lupa mengurniakanmu rezeki-rezekiNya agar kau sentiasa ingat padaNya. Dia tidak mahu kamu lupakanNya. Kerana itu Dia uji dengan ujian-ujian yang berat agar dikau sentiasa saja ingat padaNya. Dia tidak pernah lupa untuk memelihara anggotamu agar kamu tidak rasa kurang berbanding orang lain. Dia takdirkan kamu sebagai umat Muhammad S.A.W. Nabi yang paling Allah sayang. Satu-satunya Nabi yang diberi keistimewaan untuk memberi syafaat kelak. Dialah yang memejam matamu saat dikau tidur, dan Dialah yang membuka matamu saat dikau terjaga. Betapa sayangnya Dia pada kita kan?? Sejauh dan sebesar itukah cintamu padaNya??

Mustahil!!!

Kerana cintamu kau dah serahkan sebahagian dan mungkin semua untuk yang kononnya kau panggil 'kekasih' mu itu. Sungguh, sangat tidak bersyukurnya kita andai itulah jawapan kita kepada kasih sayang Dia pada kita. Itu kasih Allah padamu wahai teman.

Bagaimana pula kasih Rasulullah? Rasulullah sanggup mati kerana kita. Badan Rasulullah bercalar kerana membawa agama Allah untuk kita. Baginda mahu kita bersama-sama dengannya di syurga nanti. Baginda menangis tatkala Jibril menukilkan bahawa ada ummatnya yang akan dihumban ke neraka. Baginda tidak pernah sesaat pun melupakan ummatnya. Baginda sentiasa mendoakan, sehingga sampai waktu sakaratul maut sekalipun baginda masih ingatkan kita. Masih tidak cukupkah rasa cinta dan kasih Rasulullah untuk kita? Malu lah kita pada baginda. Bagaimana jika ditakdirkan di akhirat kelak kita bertemu baginda, baginda bertanya, "Cintaku padamu tidak ternilai harganya. Tapi kenapa kau tidak pernah membalas cintaku padamu? ". Adakah kalian rasa tanpa pengakuan baginda bahawa kalian sebagai ummatnya di mahsyar kelak, kalian akan selamat dari seksaan Allah? Renung-renungkanlah...

Salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari qiamat yang mana tidak ada naungan selain naunganNya ialah pemuda pemudi yang pada waktu mudanya sibuk beribadat kepada TuhanNya.
Tidak akan terangkat kaki Anak Adam melainkan ditanya 4 soalan. Salah satunya ialah, ke mana kau habiskan masa mudamu? Jika mengambil situasi sekarang, pasti jawapannya, aku sibuk dengan cinta manusia Ya Allah. Jika bertanya Rabbmu, 'mengapa kau melupakan Aku? Apa jawapanmu??!!! Apa alasanmu??!! Sungguh, celakalah kita andai gagal menjawab soalan itu. Apalah nasib kita selepas itu hanya kerana tindakan bodoh kita saat muda remaja kita. Kalian fikir-fikirkanlah. Buktikan cinta kalian pada 'kekasih' kalian itu dengan menyelamatkan dia daripada tewas di saat menjawab soalan Yang Maha Menyeksa.


Andai Benar Kau Cintakan ''Si Dia'', katankan padanya,

"Adakah kau mencintai Allah melebihi cintamu padaku? Andai kau lebih mencintai Allah, maka hubungan kita sampai di sini sahaja. Ingatlah, aku amat mencintaimu kerana Allah,kerana itu aku hanya ingin menyelamatkan mu daripada azab Allah di akhirat kelak. Bukan tujuanku untuk memutuskan silah ar-rahim antara kita, tapi aku yakin, jika benar Allah sayang pada kita, Allah pasti memberikan jodoh yang terbaik untuk kita. Dan, andai memang benar kau jodohku, aku senang menerimanya"



Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Bercintalah kalian menurut jalan dan landasan Rasulullah. Menurut panduan Allah. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu. Adakah kau mahu menafikan hakikat itu?? Adakah kau mahu menyatakan kau lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu?? Sungguh tertipulah kau)

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" [6:112]

(Percayalah, selama ini syaitanlah yang mengindahkan segala yang buruk. Kalian fikir-fikirkanlah adakah kalian telah tertipu dengan tipu daya syaitan itu??)
Kepada yang terpelihara daripada fitnah ini, banyak-banyakkan bersyukur kerana Allah menjagamu, tanda Dia sayang dan kasih kepadamu, wahai sahabat.

TUJUAN ANA MENULIS TIDAK ADA NIAT UNTUK MENYINGGUNG ATAU MENGGURIS HATI MANA-MANA PIHAK. ANA TIDAK BERMAKSUD WALAUPUN SEBESAR ZARAH UNTUK MEMUTUSKAN SILAH AR-RAHIM SESAMA KITA. ANA CUMA MAHU MEMUTUSKAN 'IKATAN' YANG JELAS TIDAK HALAL. ITU SAHAJA. ANDAI KALIAN RASA ANA SALAH, TERPULANG. ANA MENULIS ATAS DASAR ANA CINTAKAN KALIAN KERANA ALLAH. ANA RASA BERTANGGUNGJAWAB MENYAMPAIKAN PERINGATAN INI. SELESAI SAHAJA KALIAN MEMBACA NOKTAH YANG TERAKHIR, TANGGUNGJAWAB ANA SEBAGAI SAUDARA SEISLAM SUDAH TERLEPAS. TERPULANGLAH KEPADA KALIAN UNTUK MEMIKIRKAN TINDAKAN SELANJUTNYA,. WALLAUA'LAM.

~AMANTE dE DIOS~

Indahnya Cinta Berselimut Iman!!

Dijodohkan di Syurga

Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat,

dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud.

Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.

Sejak melihatnya pertama kali,

dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya.

Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu.

Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya,

tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.


Mendengar keterangan ayah si gadis itu,

mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat.

Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya:

“Aku tahu engkau sangat mencintaiku,

dan kerananya,

betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu.

Seandainya engkau berkenan,

aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut,

si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya,

“Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih!

Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku!

Bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku.

Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu.

Si gadis lalu berkata,

‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah,

yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia.

Demi Allah,

tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia,

sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”


Setelah berkata demikian,

gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia.

Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat,

sementara hatinya merana,

badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya.

Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia,

sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya.


Pada suatu hari,

Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan.

Pemuda itu pun bertanya,

“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:


Kasih...

Cinta yang terindah adalah mencintaimu,

Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu

Burung syurga menjauh

Dan malaikat menutup pintu.


Mendengar penuturan kekasihnya itu,

pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya,

“Di mana engkau berada?”


Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:


Aku berada dalam kenikmatan

Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir

Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat

Yang tidak mungkin binasa

Yang akan menunggu ketibaanmu,

wahai kekasih


Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya,

“Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah,

aku juga tidak akan melupakan dirimu.


Sungguh,

aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati,

sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!"

jawab gadis kekasihnya itu.


Pemuda itu kembali berkata kepadanya,

“Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,"

jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya,

ia meninggal dunia.


Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih saying-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Amiin...

Subhanallah!


[Amante de Dios]

Siapa Ikhwan?? Mengapa Rasulullah terlalu rindukan mereka??




Pernah suatu ketika,

Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,


"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku."


Maka bertanyalah para sahabat,

"Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"

Rasulullah SAW menjawab,

"Bukan, malah kamu adalah sahabatku.


Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."


Kata Sayidina Ali KMW,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut,

iaitu 313 orang lelaki,

seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan.

Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi.

Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung,

nescaya akan mereka lakukan.

Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."


Dari Ibnu Umar RA katanya,

Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?

" Baginda SAW menjawab,

"Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku.

Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). (Muslim)


Rasulullah SAW ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia,

'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga.

Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW.

Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW itu pula,

selain rindunya yang bersangatan kepada syurga,

juga tersangat rindu kepada suatu golongan dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti.

Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin.

Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."


Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini:

"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku,

ialah manusia yang hidup sesudahku.

Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."


Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,

"Islam itu permulaannya adalah asing,

dan nanti akan kembali menjadi asing,

seperti permulaannya.

Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." (H.R Muslim)


Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku,

(mereka) memperjuangkan kebenaran,

selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat.

Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka).

Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya,

"Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami."

Jawabnya,

"Tidak.

Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain.

Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." (H.R Muslim)

Dari Abdullah RA, katanya:

"Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW menanyakan,

"Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum,

sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?"


Rasulullah SAW menjawab,

"Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu."( Muslim)

Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita....


[LOVE ALLAH, LOVE RASULULLAH SAW]


~Amante de Dios~

Allah menggantikannya dengan haruman ! Allahuakbar. Hebat pemuda ini...



Khalid Al-Miski

Khalid Al-Miski adalah seorang pemuda yang tampan,

rajin beribadah,

wara',

ikhlas,

rajin bekerja,

dan amanah.

Dia seorang pedagang keliling kampung yang membawa barang dagangannya di atas kepala.

Salah seorang wanita cantik tertarik pada Khalid Al-Miski yang tampan.


Suatu hari,

wanita ini memanggil Khalid dengan maksud akan membeli barang dagangannya.

Ia telah merancang tipu-dayanya,

lalu Khalid diminta agar masuk ke dalam rumahnya dengan alasan ia akan membeli dagangannya.

Ternyata ia segera mengunci pintu-pintu rumahnya,

kemudian berkata,

"Kamu akan celaka, jika tidak mau melayani aku!

Sebab aku akan mempermalukanmu di depan umum sehingga mereka menuduhmu ingin memperkosaku."


Khalid berusaha mengalihkan pembicaraan,

tetapi tanpa membuahkan hasil.

Lalu Khalid memperingatkannya dengan janji dan ancaman Allah.


Akan tetapi,

setan telah menguasai wanita cantik tersebut dan membutakan mata hatinya.

Ketika Khalid yakin bahwasanya ia tidak bisa menyelamatkan diri dari ancaman wanita tersebut,

maka ia tampakkan dirinya menyetujui permintaannya dan meminta izin untuk ber benah diri di kamar mandi.


Wanita itu bahagia dan setuju.

Khalid masuk ke kamar mandi dan berpikir bagaimana caranya agar dapat terhindar dari godaan ini.


Kemudian,

Allah memberi petunjuk,

sekalipun nanti tubuhnya akan kotor.

Tidak masalah,

asalkan ia dapat menghindarkan diri dari maksiat yang pasti mendatangkan murka Allah.

Kemudian,

Khalid melumuri wajah dan tubuhnya dengan najis,

dengan demikian tercium bau tidak enak,

kelihatan jelek,

dan

menjijikkan.


Khalid keluar dari kamar mandi,

begitu wanita tersebut melihat Khalid kotor dan menjijikkan,

ia menghardik dan me nyuruhnya keluar serta mengusir dari rumahnya.

Pemuda tersebut lari dan meninggalkan rumah wanita untuk menyelamatkan diri dan agamanya.

Allah Ta'ala mengganti bau busuk dan menjijikkan itu dengan bau yang harum bagaikan minyak miski.

Orang-orang pun dari kejauhan sudah mengetahui kedatangannya,

sebelum mereka melihat Khalid,

yaitu dengan mencium baunya yang harum.

Sejak saat itu orang-orang memanggilnya dengan Khalid Al- Miski.


Inilah seorang Mukmin yang sebenarnya,

yang meyakini bahwa Allah senantiasa mengawasi gerak-geriknya setiap saat sehingga sekalipun di hadapannya seorang wanita yang cantik dan gemulai,

namun ia merasa takut kepada Allah.

Tidak takut kepada manusia atau undang-undang karena semuanya tidak dapat melihat dan mengawasinya sepanjang waktu.

Hanya Dzat Yang Maha Mendengar dan Maha Melihatlah yang senantiasa memantau gerakannya.

Khalid takut dengan bahaya yang ditimbulkan oleh maksiat,

maka ia mencari alasan dengan melumuri kotoran pada tubuhnya,

dan justru ini menunjukkan kebersihan batinnya dan ketulusan imannya.


Kemudian,

Allah mengganti nya dengan bau harum semerbak di dunia dan baginya di akhirat pahala yang besar dan berlimpah.

Sekarang ini,

di zaman kita hidup,

berapa banyak manusia melumuri wajah dan tubuhnya dengan parfum dan wangi -wangian.

Akan tetapi,

bau busuk perbuatan mereka menjadikan mereka tercemar dan terbongkar keburukannya,

walaupun mereka berusaha menutupi aibnya.

Disebabkan mereka hanya takut kepada manusia,

bukan kepada Allah.

Balasan seseorang itu sesuai dengan jenis amalnya.


~Amante de Dios~