Tuesday, August 14, 2012

Cinta


Apabila jari kita terluka, selalu kita lupa kepada berbilion-bilion sel lain masih berfungsi dan sihat..
Kita kerap memandang yang sedikit, lupa pada yang banyak..
Meminta apa yang tiada, sehingga lupa pada nikmat di depan mata..
Kita lupa nikmat anggota badan yang Allah beri tanpa kita minta..
Jarang kita bersyukur dengan nikmat ibu bapa, Allah anugerahkan tanpa kita pinta..
Badanmu lemah kerana demam, lama, sebulan, mengeluh sehingga kamu lupa setahun badanmu sihat tanpa penyakit..
Hari ini kita kenal Islam, hati tenteram berdamping dengan Allah, tapi kita lupa insan yang memikul kalimah Tauhid itu..
Allah menghapus segala dosa-dosamu apabila kamu kembali kepadaNya..
Allah tertunggu-tunggu rintihanmu memohon ampunan dariNya..
Allah menganugerahkan malam Al-Qadr kepadamu, yang tidak diberi kepada umat-umat sebelum kamu..
Kamulah umat yang mula-mula memasuki syurga, mendahului umat-umat lain..
Nabimu adalah Nabi yang paling pengasih, yang diisi dengan hikmah dan kasih sayang di dalam hatinya, sang pemberi syafaat di Mahsyar..

Maka, adakah kamu masih menafikan betapa hebatnya CINTA Allah terhadapmu, duhai manusia yang zalim dan jahil?
 

No comments: