Tuesday, May 10, 2011

Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.

Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelak

i A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seoran

g lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice: (agak terkedu seketika) Waalaiku

msalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya…saya…
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak j

umpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(

Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin

hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut dite

lan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti

pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu’alaikum.
Alissa: Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya…Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice…(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Akif hanya tersenyum.. :)


From : http://syahirul.com/saya-jatuh-cinta-disebabkan-syaitan/

——–THE END——–

Notakaki: Kisah di atas adalah satu kisah yang aku dapati dari internet. Aku cuba mencari siapakah penulis asal cerita ini namun tidak aku temui kerana banyak blog dan web yang menyiarkan kisah yang sama, namun tidak memberitahu siapakah yang menulisnya. Jika aku tahu siapa penulis asalnya, ingin aku berikan satu penghargaan berupa kredit kepadanya.

Thursday, May 5, 2011

Lepaskan Dunia , Pasti Dunia Datang Padamu

Assalamu'alaikum jiwa-jiwa yang kekuasaan Tuhan menguasainya..
Apa khabar imanmu hari ini?
Masih merindui Allah?
Masih mencintai Rasulullah?
Alhamdulillah..

Sahabatku semuanya,
Kita hidup di dunia semata-mata untuk apa ya? Ramai orang berilmu pasti menjawab, "Pastilah untuk beribadah kepadaNya!".. Ya, sohih, ahsantum.. Tetapi, berapa ramai antara kita (yang taip ni lagi la) yang belum betul-betul menghayati firman Allah yang agung,


Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku
(Adz Dzariyat:56)

Dan berapa ramai antara kita yang belum benar-benar menerima ucapannya saban hari iaitu,

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam" (An-An'am:162)

Untuk apa sebenarnya Allah menghantar kita ke dunia? Untuk apa Allah mencipta kita dari tiada kepada ada? Untuk apa Allah memilih kita?
Sahabatku semuanya,
Tanyalah hatimu dalam-dalam, dan biarlah hatimu yang memberikan jawapan..
Kadang-kadang kita pelik, "Syeikh tu menangis lah" , "Lembutnya hati dia boleh menangis"..
Kenapa mereka teresak-esak di tengah khalayak? Tak malu ke menangis macam budak kecik?



Teman-temanku,
Mereka ketika bersolat, mereka bukan lagi di dunia ini.. Mereka sudah masuk ke 'alam Tuhan'! Saat mereka mengangkat takbiratul ihram, mereka sudahpun melepaskan dunia untuk memberi tumpuan pada Allah..
Kalau untuk waktu yang sekejap itupun mereka sudah mampu menangis sebegitu rupa, bayangkan kalau dunia ini dilepaskan buat selama-lamanya!
Allahu robbi, Hasbi Robbi Jallallah Ma Fi Qalbi Ghairullah..
Mesti ada yang musykil, "Lepaskan dunia?".. "Islam tak ajar macam tu lah".. "50-50 la bro"..

Teman-temanku,
Bukan maksud penulis untuk menyuruh kalian meninggalkan dunia.. Meninggalkan dan melepaskan itu lain.. Yang dimaksudkan dengan melepaskan dunia itu ialah mengurai ikatan-ikatan dunia yang membelenggu kehidupan kita.. Tali-tali yang mengikat kehidupan kita.. Tali -tali yang menghalang kita dari mencintai Allah, ikatan-ikatan yang menodai rindu kita pada Rasulullah, simpulan-simpulan yang membunuh rasa sayang pada agama Tauhid, yakni Islam.. Itulah maksudku..


Saudara-saudaraku,
Kebanyakan dari kita sudah tersalah tafsir makna 'sakinah' yakni kebahagiaan dalam kehidupan.. Sebahagian merasa hartalah segala-galanya, ada yang fikir dengan menjadi raja sesebuah negara akan memberi kebahagiaan, tidak terkecuali yang yakin bahawa didampingi lelaki/wanita keliling pinggang itulah ni'mat terbesar..
Tidak dinafikan, itu fitrah manusia.. Kamu fikir Islam datang untuk apa? Untuk menyekat fitrah manusia? Kamu tersilap besar! Islam datang semata-mata untuk memandu fitrah manusia mengikut alur-alur dan jalan-jalan ketuhanan.. Al-Quran diturunkan yang padanya mengandungi segala keterangan-keterangan yang berkaitan kehidupan manusia dan ianya sempurna!
Yakinlah sahabat-sahabatku, nikmat dan musibah di dunia ini sangat sedikit berbanding akhirat nanti.. Allah telah berjanji di dalam KitabNya yang benar,

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Al-Baqarah : 286)

Dan yakinlah...

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya
(Al-Baqarah:216)

Ingatlah,
di dunia ini, apabila Allah uji kita dengan ni'mat atau musibah, Allah sudah menghitung dengan pengetahuanNya yang meliputi langit dan bumi seisinya, bahawa kita sangat amat sungguh mampu menghadapi perkara tersebut.. Allah yang menciptakan kita, Allah yang mencukupkan kita akan segala kepeluan kita, mana mungkin kita menafikan bahawa Dialah yang paling memahami kita..

Soalan dari penulis :
1)Beritahu pada diri kalian, dalam kehidupan kalian, berapa kali kalian apabila bangun dari tidur, kalian akan meminta pada Allah untuk menghirup udaraNya?


 2)Tanya pada hati kalian, berapa ramai yang tahu berapa liter atau gelen darah yang kalian perlukan setiap hari dan kalian minta pada Allah untuk darah tersebut?
3)Berapa kali kalian bangun di subuh hari, kalian duduk dan berdoa pada Allah, meminta SETIAP SATU ni'mat yang Dia kurniakan pada kita? ni'mat kaki, tangan, kening, rambut, kuku, ibu bapa, rumah, kawan-kawan, mata, telinga, kulit, lutut, kepala lutut.. Kalau la kalian buat, sampai tidur balik pun takkan habis..
Kerana itulah, Allah yang Maha Memahami berfirman,

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia telah memberikan kepadamu [keperluanmu] dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni’mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari [ni’mat Allah]. (Ibrahim : 34)

Teman-teman,
Maha Fahamnya Allah pada kita kan? Sehinggakan manusia itu berlaku zalim terhadap dirinya.. Allah!

Kerana itulah, apabila kita merasa dunia ini penuh dengan kasih sayang Allah, dan kita merasa ghairah untuk mencari redhaNya, bercita-cita untuk duduk berdekatan Nabi di akhirat kelak, maka lepaskanlah dunia ini..

Berdoalah,

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir” (Al-Baqarah:286)


Sama-sama kita berfikir,
apakah tali-tali yang mengikat kita sehingga kita jauh dari Allah?
Tidur? Facebook? Televisyen? Teman lelaki/perempuan? Harta?
Lepaskanlah, dan yakinlah, apabila kamu berjaya melepaskan dunia, pasti dunia akan mendatangimu..
Dan, jika dunia tidak mendekatimu sekalipun, Allah telah berjanji,



هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَاناً مَّعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيماً حَكِيماً
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
(Al-Fath:4)

Wallahua'lam








~Amante de Dios~

Wednesday, May 4, 2011

4 Isteri.. Beringatlah Adam dan Hawa..

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Kemudian,pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.


Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.


" Teman, sesungguhnya kita memang mempunyai 4 orang isteri dalam hidup ini;


-ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada

keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

-ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.


-ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita. DAN SESUNGGUHNYA...


-ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari...