Tuesday, July 12, 2011

Salahkah Berpolitik atau Berpolitik Cara Salah?

Assalamu'alaikum w.b.t. Lama sungguh tak update blog. Tak sempat dan tak ade mood.. Hehe..

Politik.. Isu yang meletus secara tiba-tiba bukan? Sejak akhir-akhir ini, beberapa peristiwa bersejarah, mungkin juga berdarah telah berjaya memenuhi ruangan utama akhbar dan arus perdana. Peristiwa yang amat menggemparkan negara malah juga dunia.. Saya tidak mahu menyebut apakah peristiwa yang saya maksudkan.. Saya yakin sahabat-sahabat mengerti maksud saya..

Saya tidak mahu menyentuh sedikitpun berkenaan kejadian itu. Dan saya tidak langsung berminat untuk berbuat demikian. Namun, saya amat tertarik dengan kesan dan aura yang dibawa oleh peristiwa tersebut. Post-post di facebook mulai penuh dengan komen serta video yang berkait rapat dengan perhimpunan itu. Bukan itu sahaja, penubuhan beberapa group/page juga semakin giat dan dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama.

Keghairahan anak-anak muda dalam 'menyambut' event ini amatlah memberansangkan. Kalau yang dulunya 'kaki game' atau tidak ambil tahu isu-isu negara tiba-tiba bangkit 'mendabik dada'. Mereka seolah-olah menyatakan, 'Akulah Perdana Menteri. Aku tahu semuanya!'. Melucukan, but sometime it becomes scary. ^^




Lebih memeranjatkan, wujud segelintir anak muda yang begitu paranoid terhadap politik. "Politik ni memecahkan kita la der", "Tunggu la 21 dulu", "Belum masa lagi, tumpu dulu study". Tersentak dibuatnya. Mungkin inilah doktrin yang diinginkan pemerintah kita. Opps. No offence please. Anak-anak muda kita lebih gemar berbicara soal politik Tanah Melayu berbanding mendasari perbincangan selaras politik Islam (Siasah Islamiyyah).

Adakah menjadi satu kesalahan besar seorang anak muda, yang digelar pemimpin masa hadapan, tiang negara, berdiskusi atau mengambil tahu tentang politik? Atau kena tunggu umur 21 baru boleh bersuara? Kebanyakan dari kalangan anak muda sekarang tersangat jahil (lebih2 lagi si penaip ni) dalam lapangan politik. Adakah Islam melarang kita berbicara soal politik?

Islam bersifat syumul, yakni sempurna atau menyeluruh. Ini membawa maksud Islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Islam merupakan cara hidup seorang insan bergelar muslim. Maka, sedari Islam disebut syumul, politik tidak terlepas dari 'genggamannya'. Politik juga termasuk di bawah payung agama Islam. Barang siapa menolak politik mentah-mentah, maka jelas dia menolak Islam. Na'uzubillah.

Walau bagaimanapun, tumbuh subur sebuah pemikiran dan ideologi, politik ini kotor. Benarkah? Menjadi tabiat semula jadi seseorang itu terpengaruh dengan persekitarannya. Jelas di sini bahawa pemikiran itu dipagari persekitaran negara tercinta ini, yakni Malaysia. Politik Islam bukan begitu! Politik Islam membawa kesepaduan. Terlaksananya politik Islam, secara langsung umat Islam pasti bersatu di bawah satu bumbung, dipelihara oleh dinding-dinding iman. Namun, hal yang sebaliknya berlaku sekarang, bahkan politiklah yang menyebabkan perpecahan. Mengapa? Sahabat fikirlah sendiri.

Saya selalu membawa contoh ini apabila bangkitnya isu politik. Tokoh yang akan saya tonjolkan ini amat menemplak beberapa anak muda yang berfikiran sempit sehingga malas untuk mengambil tahu hal-hal negara. Bukan saya suruh kalian menjadi wakil rakyat atau perdana menteri, tetapi cakna terhadap isu semasa amat vital bagi membentuk generasi intelek.

Baiklah, kita lupakan sebentar politik semasa. Mari kita menjelajah dan menyelusuri sejarah Islam. Mencari kisah dan sejarah seorang tokoh muda yang menjadi 'raja politik Islam' suatu masa dahulu. Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemetintahan Empayar Uthmaniyah, khilafah terakhir sebelum rebahnya sistem khilafah tersungkur menyembah bumi, masih mentadbir selia dunia ini. Tahun 1924 merupakan detik gelap dan hitam bagi seluruh umat Islam. Hancur-lebur pemerintahan Islam yang sebelum itu menaungi dua per tiga dunia. Allah..

Di tengah-tengah pemerintahan Empayar Uthmaniyah itu, lahir seorang bayi, putera kepada Sultan, yang diberi nama Muhammad. Ulama termasyhur di saat itu, Syeikh Syamsuddin melihat Muhammad lantas terpacul dari mulutnya, "Inilah sebaik-baik raja. Dialah yang akan menakluk Konstantinople!". Lebih mengejutkan lagi, Muhammad ketika itu masih di dalam buaian. Tidak tahu berkata-kata, berjalan apatah lagi berperang. Mana mungkun seorang ulama berbohong. Atau mungkin itu sekadar ramalan atau firasatnya sahaja?

Dipendekkan cerita, Muhammad mendapat didikan dari syeikh-syeikh terkenal zaman itu. Muhammad turut dilatih teknik-teknik berperang seperti bermain pedang dan menunggang kuda. Tatkala usianya menjengah angka 19, beliau dipilih oleh Allah untuk memerintah dan mentadbir sebuah Empayar yang paling berkuasa saat itu. Subhanallah, umur beliau hanya 19 tahun, tetapi sudah diangkat dan ditabal menjadi seorang sultan, atau lebih tepat seorang khalifah.

Semenjak kecil, ibunya sering membawa Muhammad mininjau kota Konstantinople dari jauh seraya membisikkan, "Wahai anakku, besar nanti kamu akan menakluk kota itu". Begitulah rutinnya saban hari.


Sabda Rasulullah S.A.W ketika menggali Parit Khandaq, ".. Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Maka, para sahabat, tabi'in dan khalifah-khalifah seterusnya berlumba-lumba untuk mendapatkan title "sebaik-baik raja" itu. Kota Konstantinople merupakan kota yang tersangat kukuh binaannya. Boleh dikatakan hampir mustahil untuk dirobohkan. Namun, tidak lain kerana keyakinan yang mendalam terhadap janji Rasulullah, mereka telah mencuba dan berusaha untuk menakluki kota tersebut. 800 tahun sejak hadis itu diungkapkan oleh Rasulullah masih tidak ada yang berjaya menumbangkan kerajaan Konstantine.


Janji Rasulullah itu dipegang dan disemat erat-erat oleh Muhammad, yang kita bergelar Sultan Muhammad, dalam hati dan sanubarinya. Dihajatkan olehnya agar dialah insan yang sebut oleh Rasulullah sebagai "Sebaik-baik raja". Beliau begitu jitu dalam semangatnya. Impiannya hanya satu, ingin meletakkan dan mengangkat dirinya menjadi mulia di sisi Allah 'Azza Wa Jalla.

Tarbiah menjadi tulang belakang dan asas Sultan Muhammad dalam memilih pasukan tenteranya. Asas taqarrub kepada Allah amat diteliti oleh beliau dalam menilai tentera-tentera yang akan dibawa merebut gelaran "Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera".

Pendek cerita, beliau telah berjaya menawan kota tersebut dengan bantuan Allah Ta'ala. Kebijaksanaan beliau diakui sejarawan masa kini.

"Kehebatan beliau mengubah gunung-ganang menjadi sebuah lautan untuk melayarkan bahtera-bahtera perang telah menjadikan Muhammad Al-Fateh mengatasi Alexender The Great!", akui seorang sejarawan.

Ya! Sultan Muhammad telah membawa berpuluh-puluh bahtera perang (70 buah kalau tidak silap) merentasi hutan tebal dan gunung-ganang. Subhanallah! Kegeniusan anak muda bertaraf sultan ini amat dikagumi sahabat dan musuh.

Cuba kalian meneka, berapakah umur beliau ketika berjaya mengubah landskap dan peta dunia saat itu? 21 tahun! Ada yang mengatakan 24 tahun. Allahurabbi. Umur 19 menjadi sultan, 21 menawan kota! Kita?

Dan peristiwa yang saya paling terkesan ialah apabila Sultan Muhammad mengumpulkan kesemua tenteranya. Di sampingnya ada seorang ulama besar yang banyak membantu proses menguasai kota Konstantinople. Tujuan dihimpunkan adalah untuk memilih imam pertama yang akan mengetuai solat Jumaat di kota tersebut, lebih tepat di Masjid Aya Sophia. Masjid ini merupakan sebuah geraja utama kota itu sebelum diubah menjadi masjid oleh Sultan Muhammad.

Kemudian, beliau menyeru, "Siapa yang pernah meninggalkan solat fardu, silakan duduk". Ajaib, tidak ada seorang pun yang duduk! Subhanallah. Nyatalah bahawa mereka sememangnya sebaik-baik tentera.

Kemudian beliau bertanya lagi, "Siapa yang pernah meniggalkan solat sunat rawatib, sila duduk", maka setengah daripada tenteranya duduk.

Beliau menyambung pertanyaannya, " Siapa pula yang pernah meninggalakan solat tahajjud, maka silakan duduk". Maka, duduklah sekalian tentera beliau, dan ulama itu turut duduk seraya berkata, " Tuan, sesungguhnya seluruh dari kami telah duduk, dan yang berdiri hanyalah Tuan SEORANG. Maka, Tuanlah yang paling layak mengimamkan solat Jumaat ini", jelas ulama tersebut. Allah ! 

 Benarlah ujar Rasulullah, kota ini akan ditawan oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.

Terdapat beberapa lagi kisah yang tidak saya sebutkan yang bersangkut-paut dengan sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh. Kalian boleh mencari sumber-sumber itu sendiri. Baik, kita berbalik kepada situasi dewasa ini. Apa motif saya mengisahkan panjang lebar berkaitan Sultan Muhammad, yang digelar Al-Fateh (Si Pembuka) kerana berjaya membuka kota Konstantinople ? Saya dapat meneka sebahagian dari sahabat-sahabat dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan.

Ya! Politik Islam bukan untuk orang dewasa. Sebagai anak muda, wajar kita mengambil tahu serba-sedikit berkaitan politik Islam dan politik tanah air. Janganlah kita kelihatan jahil apatah lagi menonjolkan kejahilan diri apabila berbicara soal politik. "Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?", firman Allah.

Maka, pesan saya, tidak salah untuk berpolitik, tetapi biarlah berlandaskan dan bertapakkan ilmu dan pengetahuan tentangnya. Biarlah kita dapat berhujah dengan hujah-hujah fakta dan berbincang secara ilmiah. Jangan biarkan kita dihimpit emosi yang menggila. Senario ini kerap dan hampir pasti menyebabkan kita tersalah percaturan dalam membahas isu-isu politik.



Harus saya ingatkan, berpolitiklah, TETAPI janganlah menyebabkan kita dipandang hina. Jangan kerana terlalu ghairah, kita lupa kepada pelajaran. Status sebagai pelajar/mahasiswa wajib diutamakan tanpa menafkan bidang-bidang yang lain. Wallahua'lam.

Salahkah berpolitik? Atau kita berpolitik cara yang salah? Fikir-fikirlah.
~Amante de Dios~

5 comments:

syz. said...

salam,

asif tapi nak buat pembetulan,masjid ayasophia is still aya sophia,tapi masjid biruadlh sebuah masjid yang lain bhdpn dgn aya sophia. wallahua'alam.

nice post.

Asfarina :) said...

salam. politik tu bersih je sbnarnya, tp org2 yg berpolitik tuh jadikan politik itu kotor~ kite rakyat normal ni boleh je fikir profesional, takyah taksuke sgt lah politik. hal ngra sndiri juga. yep perlu analyse :) tp nama pun isu sensitif, mmg masing2 jadi sensitif lah nty kalo de tak kena cara. btw, bgusla if u've broad perspective on this matter.

oh lagi 1. rasa sedih teringt cte sultan muhammad al-fateh sambil dengar muzik halaqah sentuhan qalbu kat blog. sekian, jzk.

umarmarwan said...

wah..ahsanta ya sheikh..nice post..mmg tk salah dan kita perlu bersedia ke arah tersebut,ilmu iman dan mujahadah..untuk menegakkan Islam sekarang ni perlukan mujahadah yang banyak..kalau lemah adulah pada-Nya..kita juga ada sahabat2 yang berada di jalan yang sama..moga thabit! syukran^^

~[Amante de Dios]~ said...

juki : syukran jazilan.. da betulkan ^^

Anonymous said...

first..
ske tjuk post ni.
stiap mnusia ad persepsi yg berbeza, namun hy org yg terpilih akn diberikan nur yakni ptunjuk krna taqarrubnya kpd Allah,maka Allah akan bka sedikit hijab supaya golongan2 ini lebih nmpk Apa yg sebenarnya Islam ingin smpaikan agar tidak tergelincir dr landasannya..

~Islam is for all~