Friday, December 24, 2010

Andai Benar Kau Cintakan ''Si Dia'', katakan padanya......

Pernah berkali-kali ana 'jatuh cinta'. Namun, dek kerana ana sering berdoa, "Allahummarzuqni zaujatan solihatan wazuhudatan watoyyibatan wamutohharotan wasobirotan wa min ahlil jannah. Uhibbuha wa tuhibbuni lillah'' (Ya Allah Ya Tuhanku, rezekikanlah kpdku seorang isteri yang solehah, zuhud, bersih, suci, penyabar dan daripada ahli syurga. Aku mencintainya dan dia mencintaiku keranaMu).


Kerana itu, ana gagahkan diri untuk menepis segala bentuk cinta manusia yang tidak dihalalkan oleh syara', kerana ana mendambakan seorang isteri yang baik dan solehah. Untuk tujuan itu, ana haruslah dahulu menjadi seorang yang baik dan soleh. Dan, ana mahu 'permaisuri' ana nanti melafazkan, "Dikaulah cinta pertama dan terakhirku". Ana tidak mahu kekasih ana nanti seorang yang pernah melabuhkan cintanya kepada seorang lelaki yang belum pasti kesudahannya.


MAKA, AKU PERLU MENJAGA CINTAKU,HATIKU, PANDANGANKU HANYA UNTUK DIA. AKU PERLU MEMELIHARA KASIH SAYANGKU DARIPADA DICURAHKAN KEPADA SEORANG PEREMPUAN YANG BELUM PASTI MENJADI ISTERIKU.



Pasti ramai mengatakan ana seorang yang terlalu memilih. Terlalu cerewet. Pilih y biasa2 da la. Yes, mmg ana memilih. Ana memilih seorang pasangan yang akan menjadi ibu kepada anak-anak ana. Yang akan mendidik anak-anak ana. Yang akan meneruskan zuriatku. Yang akan sama-sama ana membina 'baiti jannati'. Yang sama-sama akan berdoa untuk terus hidup bersama di FirdausiNya. Ana mencari pasangan yang mampu mendidik anak-anak ana sehingga mereka boleh berbakti kepada agama dan negara. Yang akhirnya boleh melayari bahtera kehidupan membawa mereka bersemayam di Al-FirdausiNya. Cerewet ke kalau ana bersikap demikian? Ana yakin kalian juga bersikap demikian.



Moga yang lahir dari zuriatku nanti mereka yang santun perilakunya, indah akhlaknya, hebat peribadinya, suci dan tulus pertuturannya, cerdas akalnya, tegas dalam pergaulannya, bernas dalam hujahnya, dan yang paling penitng, mereka bakal meneruskan delegasi pembinaan ummah. Delegasi penyatu ummah. Delegasi yang akan merubah lanskap dunia dan agama. Yang akan menjadi delegasi pertama selepas kejatuhan Khilafah yang akan membentuk semula identiti dan maruah Islam yang sekian lama tercalar.

Membina tamadun sehebat tamadun yang dibentuk Rasulullah perlu bermula dari akarnya. Andai akarnya kukuh dan sihat, maka batang, tangkai,daun dan buah-buah juga akan turut elok dan sihat. Persoalannya, siapa akarnya?? Kita lah akarnya!!!! Kerana, 10-20 tahun akan datang, insyaAllah,kita lah yang akan bergelar ibu dan bapa. Kita lah yang akan diamanahkan Allah dgn zuriat-zuriat akhir zaman. Andai keluarga yang kita bina sejak mula dulu dibina atas pasak kemaksiatan, kalian yakin zuriat-zuriat kalian mampu memegang tampuk perjuangan?? Kalian yakin Allah menerima zuriat kalian untuk membela agamaNya?? Jangan hancurkan mereka dek kerana nafsu dan kesilapan kalian sekarang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasih, marilah kita bersama meroleksi diri sama ada kita sudah menunaikan haq pergaulan kita sesama Islam?? Haq Allah dan Rasulullah yang melarang kita berlebih-lebihan dalam pergaulan berlainan jantina?? Tanyalah diri kita adakah dalam hati kita punya hati yang ikhlas untuk mencari cintaNya semata-mata?? Jawablah sendiri.

Mencari cinta manusia tidak pernah salah. Cuma,keadaan dan caranya sahaja yang selalunya salah, dan, natijahnya membawa kemurkaan Allah. Adakah cinta kalian kepada 'kekasih' kalian melebihi kasih dan cinta kalian kepada Allah? Tuhan Yang Menciptakan segala kecantikan pada'kekasih' kalian. Sudah pastilah yang menciptakan itu jauh lebih 'cantik' dan sempurna. Mengapa perlu cari y lain?

Dialah yang paling mencintaimu. Kerana Dia tidak pernah lupa untuk mengizinkan jantungmu berfungsi. Dia tidak pernah lupa untuk meneguhkan tulang-belulangmu agar kamu bisa bergerak sesuka hatimu di bumiNya. Dia tidak pernah lupa mengurniakanmu rezeki-rezekiNya agar kau sentiasa ingat padaNya. Dia tidak mahu kamu lupakanNya. Kerana itu Dia uji dengan ujian-ujian yang berat agar dikau sentiasa saja ingat padaNya. Dia tidak pernah lupa untuk memelihara anggotamu agar kamu tidak rasa kurang berbanding orang lain. Dia takdirkan kamu sebagai umat Muhammad S.A.W. Nabi yang paling Allah sayang. Satu-satunya Nabi yang diberi keistimewaan untuk memberi syafaat kelak. Dialah yang memejam matamu saat dikau tidur, dan Dialah yang membuka matamu saat dikau terjaga. Betapa sayangnya Dia pada kita kan?? Sejauh dan sebesar itukah cintamu padaNya??

Mustahil!!!

Kerana cintamu kau dah serahkan sebahagian dan mungkin semua untuk yang kononnya kau panggil 'kekasih' mu itu. Sungguh, sangat tidak bersyukurnya kita andai itulah jawapan kita kepada kasih sayang Dia pada kita. Itu kasih Allah padamu wahai teman.

Bagaimana pula kasih Rasulullah? Rasulullah sanggup mati kerana kita. Badan Rasulullah bercalar kerana membawa agama Allah untuk kita. Baginda mahu kita bersama-sama dengannya di syurga nanti. Baginda menangis tatkala Jibril menukilkan bahawa ada ummatnya yang akan dihumban ke neraka. Baginda tidak pernah sesaat pun melupakan ummatnya. Baginda sentiasa mendoakan, sehingga sampai waktu sakaratul maut sekalipun baginda masih ingatkan kita. Masih tidak cukupkah rasa cinta dan kasih Rasulullah untuk kita? Malu lah kita pada baginda. Bagaimana jika ditakdirkan di akhirat kelak kita bertemu baginda, baginda bertanya, "Cintaku padamu tidak ternilai harganya. Tapi kenapa kau tidak pernah membalas cintaku padamu? ". Adakah kalian rasa tanpa pengakuan baginda bahawa kalian sebagai ummatnya di mahsyar kelak, kalian akan selamat dari seksaan Allah? Renung-renungkanlah...

Salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari qiamat yang mana tidak ada naungan selain naunganNya ialah pemuda pemudi yang pada waktu mudanya sibuk beribadat kepada TuhanNya.
Tidak akan terangkat kaki Anak Adam melainkan ditanya 4 soalan. Salah satunya ialah, ke mana kau habiskan masa mudamu? Jika mengambil situasi sekarang, pasti jawapannya, aku sibuk dengan cinta manusia Ya Allah. Jika bertanya Rabbmu, 'mengapa kau melupakan Aku? Apa jawapanmu??!!! Apa alasanmu??!! Sungguh, celakalah kita andai gagal menjawab soalan itu. Apalah nasib kita selepas itu hanya kerana tindakan bodoh kita saat muda remaja kita. Kalian fikir-fikirkanlah. Buktikan cinta kalian pada 'kekasih' kalian itu dengan menyelamatkan dia daripada tewas di saat menjawab soalan Yang Maha Menyeksa.


Andai Benar Kau Cintakan ''Si Dia'', katankan padanya,

"Adakah kau mencintai Allah melebihi cintamu padaku? Andai kau lebih mencintai Allah, maka hubungan kita sampai di sini sahaja. Ingatlah, aku amat mencintaimu kerana Allah,kerana itu aku hanya ingin menyelamatkan mu daripada azab Allah di akhirat kelak. Bukan tujuanku untuk memutuskan silah ar-rahim antara kita, tapi aku yakin, jika benar Allah sayang pada kita, Allah pasti memberikan jodoh yang terbaik untuk kita. Dan, andai memang benar kau jodohku, aku senang menerimanya"



Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Bercintalah kalian menurut jalan dan landasan Rasulullah. Menurut panduan Allah. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu. Adakah kau mahu menafikan hakikat itu?? Adakah kau mahu menyatakan kau lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu?? Sungguh tertipulah kau)

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" [6:112]

(Percayalah, selama ini syaitanlah yang mengindahkan segala yang buruk. Kalian fikir-fikirkanlah adakah kalian telah tertipu dengan tipu daya syaitan itu??)
Kepada yang terpelihara daripada fitnah ini, banyak-banyakkan bersyukur kerana Allah menjagamu, tanda Dia sayang dan kasih kepadamu, wahai sahabat.

TUJUAN ANA MENULIS TIDAK ADA NIAT UNTUK MENYINGGUNG ATAU MENGGURIS HATI MANA-MANA PIHAK. ANA TIDAK BERMAKSUD WALAUPUN SEBESAR ZARAH UNTUK MEMUTUSKAN SILAH AR-RAHIM SESAMA KITA. ANA CUMA MAHU MEMUTUSKAN 'IKATAN' YANG JELAS TIDAK HALAL. ITU SAHAJA. ANDAI KALIAN RASA ANA SALAH, TERPULANG. ANA MENULIS ATAS DASAR ANA CINTAKAN KALIAN KERANA ALLAH. ANA RASA BERTANGGUNGJAWAB MENYAMPAIKAN PERINGATAN INI. SELESAI SAHAJA KALIAN MEMBACA NOKTAH YANG TERAKHIR, TANGGUNGJAWAB ANA SEBAGAI SAUDARA SEISLAM SUDAH TERLEPAS. TERPULANGLAH KEPADA KALIAN UNTUK MEMIKIRKAN TINDAKAN SELANJUTNYA,. WALLAUA'LAM.

~AMANTE dE DIOS~

2 comments:

Anonymous said...

sebesar zahrah ke? bukan zarah? :p

teruskan menulis!

~[Amante de Dios]~ said...

aah la...syukran tegur...x perasan ^^