Friday, December 24, 2010

Mana Muslimahku?!

Muslimahku,

Bahagia mengetahui bahawa Rasulullah mengangkat kalian,

Baginda membawa Islam yang benar-benar mengi'tiraf kalian,

Betapa Allah juga berkehendak agar kalian mulia,

Dari rahim Az-Zahra lahir dua insan penghuni syurga ; Hasan dan Husin~


Muslimahku,

Indahnya kalian kerana peribadimu yang halus dan jernih,

Muslimah yang ku kenal mampu menggegar dunia,

Menggoncang dunia melalui pintu-pintu syahid,

Menerobosi jalan-jalan iman,

Bagaimana kisah Masyitah dimuliakan Allah,

Tidak ketinggalan ceritera Sumaiyah,

Pendamping "Pengaku Tuhan" yakni Asiah,

Dan yang paling dekat di hati kita pastinya Khadijah, isteri baginda Rasulullah~


Muslimahku,

Hujan membeku kerana pujuk rayumu,

Matahari sejuk teriknya kerana indah lenggokmu,

Suaramu bak hawa dingin menembusi rongga-rongga telinga manusia,

Rasa bertuhan boleh luntur kerana indahnya kamu,

Perhiasanmu lah seindah hiasan dunia seluruhnya,

Kerana itu Allah pilih kalian sebagai IBU!

Kerana kalian apabila berkasih sayang,

Hanya Allah yang tahu bertapa murninya cintamu~


Tapi Muslimahku,

Sedari kecil,

Ku diberitakan dengan khabar-khabar yang mencela kalian,

Aku begitu marah tatkala Allah yang telah memuliakan kalian,

Bagaimana manusia layak menghina ciptaan Tuhan yang disebut An-Nisa' ini?

Mungkin juga saat itu aku belum mengerti kebenaran,

Kerana itu aku marah dan "angin" tak menentu.


Muslimahku,

Benarkah kalian yang dikhabarkan di dada-dada akhbar?

Betulkah apa yang aku lihat?

Apa yang menghiasi ruang radio,

yang disajikan buat hawa telingaku saban hari,

yang disebut-sebut para pemberita,

yang "diserbu" di taman-taman,

yang mendedahkan perhiasanmu,

Kaliankah itu?!


Ya Allah,

Mana Muslimahku?

Mana mereka yang Kau i'tiraf?

Mana mereka yang Kau ciptakan penuh rasa malu?

Mana mereka yang Kau ilhamkan cinta yang suci?

Mana mereka yang Kau kurniakan akhlak sejuk mata memandang?

Mana mereka yang Kau balut dengan perasaan ketaatan?

Mana Ya Allah?!

Mana Muslimahku?


Allahurabbi,

Istighfarku berkali-kali,

Kembalilah bersujud memohon keampunan,

Kalian indah kerana ketaatan dan keperibadian kalian,

Andai itu dibuang, mana lagi letaknya kemuliaan kalian?

Menangislah dan bertaubatlah, Muslimahku ^^


~ Amante de Dios ~

No comments: