Thursday, December 30, 2010

Bukti Kamu Milik Tuhan


"Aku dapat straight A la wey! "
"Aku 4 flat bai"
"Bisnes aku sekarang dah lepas pasaran eropah"
"Sekarang aku Presiden"
"Ini semua atas usaha aku sorang je"
"Aku tak solat pun berjaya"
"Aku paling kaya di sini!! "

Manusia. Angkuh. Ibarat isi dan kuku. Lihat sahaja Qarun dan Fir'aun. Namun, terlalu ramai yang terlepas satu perkara. Perkara yang sebenarnya ramai sedar akan hakikat itu. Hakikat bahawa TUHAN ITU PEMILIK JIWAMU. Pemilik beerti memegang secara mutlak akan sesuatu ( Sila rujuk kamus Luqman Razak ^^ ). Sejarah menyajikan berpuluh kisah keangkuhan dan kesombongan kaum-kaum terdahulu. Tetapi, manusia masih juga alpa (tidak dinafikan yang menulis). 



Tuhan beri kamu satu contoh mudah.  Contoh yang meletakkan kamu separas hamba, suatu tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Apabila kamu berjaya, mulalah beranggapan :
Kamu fikir tanganmu yang menulis jawapan pada kertas-kertas putih sesuai dengan soalan yang diajukan. "Maka, aku hebat"
Kamu fikir akalmu yang memikir, "Maka aku hebat"
Kamu fikir ingatanku yang hebat membungkus memori-memori buku, "Maka aku hebat"
Ingat...Ingat...dan ingatlah wahai makhluk bertaraf hamba ,
Tanganmu yang menulis milik Tuhan. Akalmu yang memikir milik Tuhan. Ingatanmu itu juga milik Tuhan.
Apa yang sebenarnya milik Tuhan? SEMUANYA!

Mengapa?
Mari selongkar sedikit ilmu biologi (Maaf ye kalau salah.Tak minat bio la katakan ^^).  
Anggota badanmu bermula daripada tulang-belulang dan pastinya otot-otot yang kukuh.  
Yang asalnya dari tisu-tisu yang lembut.  
Pastinya yang menghasilkan itu hasil berfungsinya organ-organ dalamanmu.
Organ-organ itu terbentuk dari helaian-helaian sel.  
Kamu sedarkah untuk sel kamu sihat, ia perlukan apa?
Pastilah darah yang mengalir, yang membekalkan oksigen dan nutrisi yang baik dan sejahtera.
Kamu fikir darah kamu mengalir 'berjalan kaki' ?  
Tidak. Pasti punya kenderaan. Itulah sarafmu.
Dan, apa pula enjin darahmu? 
Namanya JANTUNG!



Ya,
jantung itulah bukti kamu milik Tuhan Azza Wajalla.
Mengapa?
Senang sahaja untuk membuktikannya.
Sekarang,
saya cabar kamu hentikan jantungmu dalam kiraan lima.
Satuu...Duaa... Laa... Cepat la hentikan... Ok2, saya kira balik...
Satuu...Duaa... Apa? Tak boleh?
Yes! Kerana apa? Kerana yang menggerakkan jantungmu pastilah ....... ALLAH!
Ada yang tidak bersetuju?
Habis tu,
siapa pula yang menggerakkan jantung kita kalau bukan Tuhan?
Sendiri?.
Kalau macam tu,
betapa lemahnya manusia yang terpaksa bergantung pada makhluk bernama jantung! Kan? Logik kan?

Sedarlah sahabat, mana-mana anggota yang kalian banggakan pasti terhasil dari bergeraknya jantung kalian. 
Dan, pastilah yang mengawal dan menjaganya itu ialah Allah S.W.T.  Jadilah kamu hamba-hambaNya yang berserah diri. Tiada satu pun milik kita. Hatta 'amalanmu pun berpaksi pada rahmat Allah.

Syurga nerakamu jua di 'tangan' redhaNya.

Aduhai, siapa kita pada Allah? Tidak lebih dari hamba yang hina.
Jika kita semua bersatu, jin dan manusia seluruhnya untuk menyekutukan Allah, kerajaan Allah tidak akan terusik walau satu ATOM pun.
Dan jika kamu bersatu untuk beribadah, bersujud dan berserah diri kepadaNya, kerajaan Allah juga tidak akan terusik walau satu ATOM pun.

Apabila kamu memahami hakikat ibadah itu, maka kamu akan menghargainya. Allah tidak memerlukan kepada solat, zakat, haji dan puasa kita,

TETAPI, KITALAH YANG MEMERLUKAN IBADAH-IBADAH ITU!!



wallahua'lam....

~Amante de Dios~ ^^

No comments: