Friday, January 14, 2011

Warkah Cinta Buat Tuhanku


Assalamu'alaikum Ya Rabbi,
Ya Tuhan yang ku kasihi,
Ku tulis warkah ini khas buatMu,
Tanda aku mencintaiMu,
Mungkin ramai dalam kalangan manusia menulis surat kepada kekasih mereka,
Yang juga dari kalangan mereka,
Ada yang haram,
Ada yang agama redha,
Namun,
Aku tidak peduli itu semua,
Kerana,
Aku mencintaiMu.

,
Setiap kali aku terjaga dari tidur,
Aku mengingatiMu terus-menerus,
Walaupun terkadang aku alpa,
Lupa bahawa Engkau sentiasa di sisiku,
Engkau juga menyayangiku,
Aku tahu itu,
Tapi,
Aku makhluk hina dan lemah,
Selalu leka kepada dunia,
Ampunkan aku ya Ar-Rahman,
Aku mencintaiMu.

,
Aku bersyukur ya Rahim,
Kerana aku selalu ingat padaMu,
Kau jadikan aku dari kalangan hamba-hambaMu yang sedikit,
Walaupun bukan setiap masa aku berterima kasih,
Sekurangnya aku masih punya rasa syukur,
Jadikanlah aku dari hamba-hambaMu yang bersyukur,
Ya Rahim,
SifatMu buat aku sayu,
Memikirkan zalimnya aku,
Tersenyum bila memikirkan saat Dia membimbingku,
Ketika Dia menganugerahkan kebaikan, ketenangan, kejayaan,
Ya Rahim,
Aku ingin balas kasih sayangMu,
Kerana aku mencintaiMu .

,
Menyaksikan hujan, bulan dan matahari,
Melihat langit dan haiwan membuat aku berfikir,
Siapa Tuhan disebalik penciptaan agung ini,
Pastinya Dia mempunyai kekuasaan yang tak terbatas,
Jelaslah,
Engkau Tuhan yang Maha Memiliki,
Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa,
Aku milikMu,
Maka,
Aku juga mahu Kau menjadi 'milik'ku,
Aku mahu Kau memandangku,
Aku mahu Kau selalu sahaja menyebut-nyebut namaku,
Kerana aku mencintaiMu.

,
Wahai Sang Pemaaf,
Aku serahkan diriku semata-mata kepadaMu,
KeampunanMu ibarat dunia dan langit seluruhnya,
Malah lebih agung dari itu,
Aku selalu buat salah,
Tapi Kau tak jemu memaafkan aku,
Kerana itu membuatkan aku bertambah cinta kepadaMu,
Kau memahami situasiku sebagai insan hina,
Betapa Kau suka memaafkan,
Aku terpikat dengan keindahanMu,
Lantas aku mula mencintaiMu.

,
Yang paling 'mencairkan' hatiku,
Engkau Maha Lembut terhadap hambaMu ini,
Kau 'melayan' ku,
Kau sudi mendengar keluhanku,
Allahurabbi,
Romantiknya Kau ya Allah,
Ketika aku resah dengan pagi,
Kau datangkan malam,
Bila aku gelisah kerana malam,
Kau pelihara tidurku,
Kau tenangkan nafasku,
Kau lindungi aku dari kecelakaan dan Kau hadiahkan siang,
Betapa Kau Maha Mengasihiku ya Latif!
Kadang-kadang,
Alu terasa lemah menghadapi dunia,
Tapi,
Kau sudi 'berkata-kata' kepadaku melalui Kalam-Mu,
Menerusi KitabMu,
Membuatku jatuh cinta,
Sungguh Allah tahu isi hatiku,
Faham masalahku,
Dia selalu di sisiku,
Aku mencintaiMu.

,
Tuhanku,
Aku bahagia bila bersolat,
Walau selalu merayau fikiran ini,
Tapi,
Aku yakin Kau tahu aku mencintaiMu,
Bila sampai saat Kau 'ketuk' hatiku,
Allah!!!!!!
Benar-benar jatuh berderai air mataku,
Tak tertahan langsung,
Bergetar jiwa mendengar Nama-namaMu yang Maha Indah itu,
Sampai tahap aku terlalu ingin bertemu denganMu,
Namun,
Aku tak layak,
Hanya mereka yang baik dan solih sahaja yang terpilih,
Tidak mengapalah ya Allah,
Andai Kau takdirkan hanya di dunia sahaja aku mengenaliMu,
Tetapi,
Itulah pemberiaan dan hadiah terindah,
Itulah kisah cinta teragung,
Aku dipilih merasainya!!
Aku bahagia menerimanya,
Dan,
Aku ingin Kau tahu,
MengenaliMu adalah rahmat terbesar dalam hidupku,
Aku mencintaiMu,
Sangat-sangat mencintaiMu.

,
Sabarnya Kau terhadap karenahku,
Kau sentiasa mesra terhadapku,
Saat aku berdosa,
Kau bukan benci,
Malah Kau tunggu aku memohon maaf dariMu,
Dan,
Kau bersedia untuk memaafkan aku!!
Moleknya Kau ya Allah,
Segala pujian layaknya untukMu ya Allah,
CintaMu kini darah dagingku,
Janganlah Kau palingkan aku jauh dari sisiMu,
Aku tak rela,
Sangat membenci,
Walau ku tahu,
Yang makin jauh itu aku,
Bukan Engkau,
Kerana itu,
Ku pohon Wahai Tuhan Yang Maha Penyabar,
Kau terimalah aku seadanya,
Aku teringin bertemu denganMu,
Terlalu berhajat,
Aku amat mencintaiMu.


Ya Allah ya Tuhanku,
Aku mencintaiMu ya Allah,
Aku yakin,
Kau tahu betapa berbunga dan dekatnya hatiku saat menukilkan wakrah ini,
Aku tahu ya Allah,
Cintaku padaMu tidak seberapa,
Jika nak dibandingkan dengan kasih dan cintaMu,
Bagai langit dengan bumi!
Tetapi ya Allah,
Sekurangnya aku menyatakannya,
Aku mencintaiMu!

dan
Jatuh cintakan aku pada insan yang juga mencintaiMu,
Agar bertambah-tambah perasaan rindu terhadapMu,
Ya Allah,
Aku terlalu mencintaiMu!

**Ku tulis warkah ini bukan kerana tidak yakin Allah tidak mendengar keluhan dan isi hati ini,
Tetapi,
Kerana tidak tahan,
Tak tahan ingin meluahkan dengan menulis,
Bahawa aku mencintaiNya,
Terlalu mencintai Tuhan Sang Pemilik Cinta,
Hingga tak terungkap beberapa perkara,
Kerana Dia Maha Indah dan Maha Sempurna


~Amante de Dios~

4 comments:

percubaanpertama said...

salam sahabat..
tulisan anta memang menarik..
menyentuh hati..
kalo boleh banyakkan tulis puisi2 sebegini untuk lebih menyentuh
hati2 lain yg keras,cair dan sama-sama merasai kemanisan cinta-NYA..
TERUSKAN MUJAHADAHMU..

~[Amante de Dios]~ said...

syukran sahabat .. insyaAllah...

pelukis kata said...

Subhanallah..saat membaca terasa darah meresap..sama-sama kita berusaha menjadi pencinta Pencipta cinta

sufiyy imra'ah said...

Subhanallah..
Allah beri ujian,Allah hadiahkan kesenangan...
Allah jua yang mengilhamkan kalam yang lahir dari lubuk hati...
semuanya kerana,Dia tahu...

nta akan sama-sama menjadi Khairu Ummah..

Barakallahufik...