Sunday, November 7, 2010

Mengubah Pelangi

Assalamu'alaikum .
Lama rasanya tidak menulis
terlalu merinduinya =)

hmm
kenapa buang tebiat plak nak ubah pelangi ni?
sekadar metafora

tanyalah kepada kanak2 hatta orang tua sekalipun,
"Pelangi tu indah tak?"
Majoriti dan mungkin semua akan jawab , "Cantik!"
( orang tanya indah ke tak, dia jawab cantik..fail tul BM)


Begitulah fitrah manusia yang mahukan keindahan, kecantikan, kecomelan, ke ke ke ke ke segala ''ke'' lah senang cerita ***start da***

Maka, kalau pelangi hakikat kejadiannya indah lagi menarik,
kenapa pula nak ubah?
Orang yang tidak tahu menghargai kecantikan pelangi sahajalah yang akan cuba mengubahnya.

Islam dan pelangi
ada persamaan ?

Dewasa ini,
terlalu ramai memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan
masalah2 sosial yang melanda kita
Sibuk buat kempen itu ini
Gubal perlembagaan
itu tak kena, ini tak kena
Kenapa?

Sebabnya,
ilmu makhluk hakikatnya bukan untuk itu
ilmu "yang dicipta" tidak layak untuk itu

Bayangkan,
secara perlambangan,
manusia mencipta kereta,
seandainya rosak kereta itu,
tiba2 kita suruh kereta yang baiki.
Kan bodoh namanya.
Mestilah kita cari orang yang mahir soal kereta.
Dan, orang yang mahir tentulah belajar dari yang mencipta kereta!
Ya, itulah kuncinya!
Caarilah Yang Maha Mencipta,
pasti segala masalah bakal selesai,

INSYAALLAH

Tapi, bukan itu yang ingin dikupas
Kemusnahan demi kehancuran mula kelihatan

Kenapa?
Dan lebih parah lagi,

"Kenapa yang kalah dalam mujahadah dunia ini ramainya ORANG ISLAM?!"

Kerana,
ramai antara kita tidak faham apa maksud 'Islam'
Kalau ditanya,
rata2 menjawab, "kesejahteraan, keamanan"

Renungilah kata2 Syeikh Ahmad Deedat ini ,

- Total submission to God's will-
-Penundukan secara total terhadap kehendak (suruhan dan tegahan) Tuhan-

Itulah agama yang dibawa oleh Rasulullah dan Nabi2 terdahulu

** And, one word for that in Arabic Language is Islam!!**

Maknanya,
Nabi Musa membawa Islam, Nabi Sulaiman membawa Islam, Nabi Isa membawa Islam, Nabi Muhammad membawa Islam
Mereka semua adalah MUSLIM!
Langit, bumi, planet, tumbuh2an adalah Muslim

Kenapa?
Kerana mereka tunduk patuh secara total kepada kemahuan Allah
Segala yang menyerahkan diri mereka kepada Allah adalah MUSLIM!
Tapi, kenapa Nabi2 terdahulu tidak pernah menyebut kalimah Islam?

Kerana,
Islam perkataan dari Bahasa Arab,
mana mungkin Nabi Isa menyebut ISLAM sedangkan baginda bukan Nabi yang diturunkan kepada bangsa Arab
Begitu juga Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan lain2

Lihat pula diri kita
Sudahkan kita tunduk sepenuhnya terhadap tuntutan Allah?
Sudahkan tangan yang diciptakan ini digunakan untuk beribadah kepadaNya?
Kaki, akal, mata, hidung?
Layakkah kita memegang gelaran MUSLIM?

Maka,
marilah sahabat2ku,
serahkan dirimu terhadap Allah,
serahkan kemahuanmu kepada Allah,

carilah redhaNya,
kejarlah cintaNya,
nescaya,
dunia dan daerah sana milikmu keduanya~

Amante De Dios

Wallahua'lam

No comments: