Thursday, August 23, 2012

Dunia dan Destinasimu

Kamu risau keperluan duniamu.


Seolah-olah rezekimu hasil usaha dan kerja kuatmu.


Kamu bekerja seolah-olah rezeki itu bergantung penuh kepada kerisauanmu.



Sedangkan urusanmu dengan Allah yang paling utama.






Kamu merancang sebuah permusafiran,
Perjalanan menuju destinasi. Kemudian kamu mesti memtuskan landasan dan jalan mana paling sesuai untuk ke sana. Maka, apakah destinasimu hidup di dunia? Apakah tujuanmu? Jika kamu tidak jelas akan destinasimu,
atas landasan apakah kamu sedang berjalan sekarang?
Jika kekayaan tujuanmu, maka landasanmu ke arah itu.  Sekiranya destinasi akhirmu nanti ialah redha Allah, maka Al-Quran lah panduanmu dan As-Sunnah lah pedomanmu.
 



Jelaskan tujuanmu, maka kamu akan tahu landasamu..

~Amante de Dios~

Wednesday, August 15, 2012

Taubat, Sangat Ajaib!

Tergelincir dalam perjalanan,
Berjalan mencari Tuhan,
Saat alpa dan lupa,
Menggilap diri dengan dosa,
Akhirnya hati menjadi gelisah,
Tatkala menempuh susah dan payah..

Allah sangat faham dan tersangat sayang hamba-hambaNya.. Maka, Dia hadiahkan taubat.. Sebuah amalan yang menyulam ketenangan dalam hati manusia.. Ajaibnya, walaupun kita melanggar perintahNya, melakukan kemaksiatan kepadaNya, Allah tetap memerintahkan agar manusia YAKIN doa dan taubatnya diterima!

Lantas hati menjadi lapang,
Yakin diampunkan Tuhan yang Maha Penyayang..
 ~Amante de Dios~

Tuesday, August 14, 2012

Cinta


Apabila jari kita terluka, selalu kita lupa kepada berbilion-bilion sel lain masih berfungsi dan sihat..
Kita kerap memandang yang sedikit, lupa pada yang banyak..
Meminta apa yang tiada, sehingga lupa pada nikmat di depan mata..
Kita lupa nikmat anggota badan yang Allah beri tanpa kita minta..
Jarang kita bersyukur dengan nikmat ibu bapa, Allah anugerahkan tanpa kita pinta..
Badanmu lemah kerana demam, lama, sebulan, mengeluh sehingga kamu lupa setahun badanmu sihat tanpa penyakit..
Hari ini kita kenal Islam, hati tenteram berdamping dengan Allah, tapi kita lupa insan yang memikul kalimah Tauhid itu..
Allah menghapus segala dosa-dosamu apabila kamu kembali kepadaNya..
Allah tertunggu-tunggu rintihanmu memohon ampunan dariNya..
Allah menganugerahkan malam Al-Qadr kepadamu, yang tidak diberi kepada umat-umat sebelum kamu..
Kamulah umat yang mula-mula memasuki syurga, mendahului umat-umat lain..
Nabimu adalah Nabi yang paling pengasih, yang diisi dengan hikmah dan kasih sayang di dalam hatinya, sang pemberi syafaat di Mahsyar..

Maka, adakah kamu masih menafikan betapa hebatnya CINTA Allah terhadapmu, duhai manusia yang zalim dan jahil?